bajet murah luruskan rambut
*rawatan rebonding salun memerlukan kos tinggi dan tidak semua mampu melakukangnya. bagi yang terigin memiliki rambut lurus cantik, cubalah petua ringkas ini. caranya ialah dengan mengambil biji betik dan tumbuk sehingga hancur. kemudian sapukan pada rambut dan biarkan selama 30minit sebelum membasuhnya. petua ini boleh diamalkan dengan kera iaitu boleh diamalkan gengan kerap iaitu dua atau tiga kali dalam sehari. setelah beberapa kali mengamalkan petua ini, rambut anda akan kelihatan lurus seperti mana yang dibayangkan !
menghilangkan parut&bekas jerawat
*ada kalanya masalah jerawat sudah dapat dihindari namun parutnya masih lagi kelihatan. diharap petua ini dapat membantu mendapatkan kulit licin seperti asal. sediakan putih telur campurkan dengan sedikit perahan limau nipis. gaul sehingga sebati, sapukan pada keseluruhan wajah dan biarkan sehingga kering. ia akan bertindak umpama masker. rasa pedih akan dirasai kerana ia bertindak mengecutkan luka-luka parut di jerawat. setelah kering, cuci dengan air bersih. selain menghilangkan parut jerawat, petua ini turut membuat kulit menjadi lebih licin dan berseri-seri !
scrub tradisioanal di rumah
*ramai di antara kita yang lebih selesa mendapatkan scrub segera yang boleh didapati di farmasi penjagaan diri. bagi mengurangkan bajet, apa kata anda menyediakannya sendiri di rumah? sediakan buah jambu muda (putik jambu) dan sagat bagi mendapatkan pupurnya. kemudian sapukan pada muka dan biarkan seketika sebelum membilasnya. untuk menyediakan scrub badan pula, gunakan hampas kelapa yang dicampurkan dengan perahan limau purut atau pun lemon. selain kulit menjadi lebih lembut, bau badan juga akan menjadi lebih harum daripada sebelumnya!
bernafas lebih yakin
*pengambilan makanan dan kurang penjagaan mulut bole menyebabkan masalah nafas berbau. malah keyakinan untuk berdepan dengan orang sekeliling akan berkurangan. apa yang bole anda lakukan ialah dengan mengamalkan petua ini. pertama sekali, rendam kulit kayu manis dengan air panas dan setelah itu biarkan ia sejuk terlebih dahulu. minum air rendaman tetapi jangan ditelan sebaliknya memadai dengan berkumur. petua ini bole dilakukan selepas anda makan dan memberus gigi. semoga masalah nafas berbau akan dapat diatasi!
menengangkan kulit kedur
*setiap hari. ada sahaja produk kecantikan yang dihasulkan bagi mengatasi masalah kulut berkedut. namun ada sebahagian daripada kita yang masih mengamalkan petua tradisional. bagi yang mahu mencubanya, anda bole mengambil seketul kunyit hidup, sedikit beras pulut dan sedikit kayu manis. campurkan kesemuanya dan tumbuk sehingga halus. setelah diadunkan menjadi rata, sapukan ramuan ini ke keselruhan wajah termasuk di bahagian leher. biarkan selama 30 minit sebelum dibilas dengan air suam. amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diidam-idamkan!
No comments:
Post a Comment